Wednesday 30 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA

MAKAN MAKAN MAKAN..!!

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ini nak update pasal makanan..hehehe, saya memang suka makan, makan dan makan, sebab tu makin lama makin comel...awwww, hehee..penat pulak taip panjang-panjang ( baru 2 baris kot.!) =.=" . Jom kita tgok gambar makanan yang saya rembat di tumblr, kowg pun tak suka membaca panjang2  kan.eh?  meh la kita layan gambar di bawah...
AMARAN: kepada mereka yang lemah semangat dan sedang kebuluran, saya nasihatkan supaya tidak scroll down ye, nanti anda stress seterusnya menghentak perut ke dinding sebab kelaparan yang teramat...hahah.. :)


 perghh...char kuew teow..!! mabelesss

 makanan sara diri...MEGI...ishh teringin nak makan pulak =.="

 pe nih?! wafel coklat mungkin....hahaha

 yang nih feberet..balik umah aritu terus ade SOTO atas meja...pelagi melantak la.! haha

 whoahhh....pizza coklat strawberi( main tulis je namanya), 
kalo makan terus kenyang seminggu...haha

 kalau boleh tiap malam nak melantak MEKDI, mampu ke nak beli tiap hari...hahah opsss.!
memang best la lepak dgan kawan2 kt mcd nih..boleh berjoyahh sampai pagi sambil melantak ayam goreng pedas membara + burger mcdeluxe + coklat sundae + oreo mcflurry...woww over kau nak makan semua nih
(^_^)


cucur udang.! semalam lunch nih...haha, 
tak sempat nak makan nasi sebab da lambat nak ke kelas...hehe





Eh da habis da gambar makanan....hahaha, menyesal pulak upload gambar makanan time lapar nih...haishhh, mintak maaf la kepada sesiapa yang membaca entry nih time lapar, tak pun yang puasa qada' ke...selamat berbuka la ye...hehe, terima kasih sudi membaca blog nih....selamat makan-makan (^___^)

Saturday 26 November 2011

Beautiful eyes

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA

Di suatu pagi yang hening (1.37am), kelihatan seorang wanita (erk.!) sedang membuat twitter dan tumblr...nampak sangat beliau tiada kerja yang berfaedah untuk dilakukan pada pagi ini..cubalah mengisi masa terluang ni dengan ulangkaji pelajaran yang susah bagai nak mati....esaimen berlambak-lambak, project paper yang boleh tahan susahnya...oh banyak lagi kerja yang boleh dilakukan masa ini...tetapi beliau memilih untuk berbulan madu dengan FACEBOOK, TWITTER, dan TUMBLR...Semoga beliau kembali ke pangkal jalan masuk UKM ni.....hehe

PROMOTING POSTS (^_^)


Sebenarnya nak cerita yang saya telah membuat akaun twitter dan tumblr..HAHAHA (loserr.!) kepada sesiapa yang bosan...meh la folllow hakak nihhh yang tak berapa nak femes..*roll eyes*.
My Twitter sila follow @MILAMAAFOL (nama palsu..ahaks.!) 

My Tumblr sila tonton di Beautiful Eyes :))

Sekian sahaja bebelan pada pagi ini....selamat malam...! 

Wednesday 23 November 2011

Tuesday 22 November 2011

BERJALAN KAKI DARI DTAMS KE KOLEJ KERIS MAS...

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA

Pada ahad lepas, saya ade peperiksaan INTERMEDIATE ACCOUNTING  di Dewan Tun Abdullah Salleh. Isu yang terbesar pada exam ini adalah bagaimana kami nak pergi dan pulang ke kolej. Memang sangat jauhhhh okeeee..hari exam dimulakan dengan terbangun lambat...opssss....alarm fon punya pasal lah ni...hahaha

Entry ini bukan nak menceritakan tentang kepayahan menjawab paper INTERMEDIATE ACCOUNTING dalam kesejukan sehingga tulisan menjadi buruk akibat dakwat pen yang telah beku...ohhh no no no no, sebenarnya nak habaq dekat kalian semua, saya telah berjalan kaki dari DTAMS ke KKM dalam kepanasan dan keterikan matahari....jauh sangat taw, semput dan lenguh kaki...

Lepas exam je, terus pergi tempat tunggu bas, yang ade hanya bas 6k dan rapid, dalam hati tak tahu nak naik 6k ke tidak sebab bas ni akan pergi ke KTM dan akan menunggu di sana selama sejam...memang penat la nak menunggu...huhuhu


Jadi kami telah mengambil keputusan yang bijak dengan berjalan kaki...dalam keadaan lapar dan panas, kami telah meredah satu UKM untuk sampai ke kolej tercinta...inilah kali pertama berjalan jauh, memang penat...kalau kalian semua nak tahu berapa kejauhannya, anda dialu-alukan untuk mencuba berjalan kaki dari DTAMS ke KKM, nak lagi ekstrem dan mantappp, cubalah berjalan kaki dari FUU ke KKM, memang putus la urat kaki anda semuaaa.....HAHAH


Setelah bermandi peluh sepanjang perjalanan , saya telah pun selamat sampai ke KKM..Alhamdulillah syukur (^____^)

Setakat ini sahaja perkongsian pada hari nih....mulakan hari ini dengan senyuman...semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam...Wassalam

KEK COKLAT KUKUS DI PAGI RAYA AIDILADHA

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA....


Cewahhh tajuk nak gempak jeee...hehe, MAAF sangat-sangat sebab 
baru hari ini semangat nak update blog. Cerita ini pun da basi sebenarnya tapi nak jugak cerita pasal nih...

Pada pagi aidiladha, saya dan kakak ipar ade buat kek kukus coklat segera..kami memang tak rancang pun nak buat kek nih...tapi sebab mak dah beli bahan-bahan yer jadi kami teruskanlah dengan projek kami ini..


Saya dah lamaaaaa tak buat kek....tak ingat dah kali terakhir buat kek zaman bila....hehehe, tidak mengapa ye...yang penting kek coklat kukus yang kami buat memang sedapppppp....hahah puji diri sendri *perasan*


Walaupun wajah kek coklat tersebut berkawah dan berbintik-bintik, tetapi rasanya tetap sedap...seperti kek secret recipe...wakakakaka....nampak benor nipunya (^^,)

Maaflah ye kawan-kawan, gambar tak sempat nak ambil...sibuk sangat menguruskan hal rumah tangga...hahaha

Sampai di sini sahaja cerita saya pada pagi ini...kepada mereka yang mengidam kek coklat, silalah pergi ke kedai kek berdekatan...ataupun buat sendiri...hehehe


Terima kasih sudi membaca blog ini....sekian sahaja...Wassalam (^__^)

SEDIH DENGAN KEPUTUSAN MID EXAM CUKAI :(

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA


Tajuk entry nih pun sudah cukup menggambarkan perasaan apabila mendapat keputusan mid exam cukai....sikit sangat lahhh...final nanti kena pulun habisssss.! NOR KAMILAH BOLEH.! Cewahhhh (^___^)


Saya pun redha dengan keputusan ini sebab memang stadi last minute....memang padan la muka mila oiii.....HUHUU

Tapi tidak mengapa...belum ade rezeki lagi. InsyaALLAH akan terus berusaha lebih gigih untuk dapat pointer yang tinggi semester ini.

Hari Rabu ni exam ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL...tapi satu bab pon tak baca lagi...hehehe, tapi nasib baik soalan ABC, kalau esei memang penat la mulut nih nak menghafal 8 BAB...


Doakan saya dapat jawab untuk exam etika ini....

Exam LAW, INTERMIDEATE ACCOUNTING DAN COSTING sudah selesai dan hanya menunggu pensyarah untuk menanda jawapanku sahaja. Ada soalan yang boleh jawab dan ada yang susah.Haishhh sedih pulak bila pikir pasal paper lepas nih...tawakal jela...dah buat yang terbaik kan (^^,)


Sampai sini sahaja perkongsian pada malam ini...ehhh pagi sebenarnya. Ada kawan beritahu kemungkinan ada FIRE DRILL sekejap lagi...tapi senyap je....dah ngantuk nih....HUHU, saya dah pakai tudung siap-siap, takut pula kalau dah gelap tak jumpa tudung...HEHE

Terima Kasih sudi membaca blog ini....peace yawww.!


MOOD: GEMBIRA SEBAB BOLA SEPAK MALAYSIA MENANG (^_______^)

MALAYSIAAAA MENANGGGGGG...!!! TAHNIAHHHH SKUAD BOLAAA SEPAKKK MALAYSIAAAAAAAA...!!

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA

Malaysia vs Indonesia
(22/11/11)

Sakit tekak sebab sokong bola sepak tadi. Lepas solat Maghrib je terus pergi kafe sbb nk tgok bola secara langsung. Memangggg semangatttttt nak tgok tapi lagi semangat bawak soalan tutor percukaian....hahaha


Paham-paham lah kalau penyokong tegar ini tgok bola (saya la tu), memang tak terbuat lahhh...tangan pegang soalan tutor tapi mata tengok bolaaaa....hahaha, tetapi memang satu kepuasan apabila Malaysia menang. Sangat sangat sangat bersyukur dan gembira. 


Suasana dekat kafe sangat lah bising dan bingit dengan sorakan dari penyokong Malaysia dan penyokong Indonesia. Alhamdulillah tiada berlaku pergaduhan dan huru-hara. Melampau benor kalau nak bergaduh sebab bola. Kita relax-relax jelaa....peace yaww (^___^)



Skuad Harimau Malaya BERJAYA menewaskan tuan rumah Indonesia menerusi penentuan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 pada perlawanan sepenuh masa penuh dramatik di Stadium Gelora Bung Karno. Tahniah Malaysia dapat  pingat emas yang ke-59. Love Malaysia :)

Inilah dia HERO untuk perlawanan ini....Terbaikkkkkkk laaa BADDROL BAKHTIAR




Dengan ini saya isytiharkan esok CUTI....hahaha

Terima baca sudi membaca blog ini....

*MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA*

Saturday 5 November 2011

SALAM AIDILADHA :))

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA....

Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidladha dan selamat menjalani ibadah korban kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Kepada mereka yang menjalani ibadah haji di Mekah, semoga mendapat haji yang mabrur..InsyaALLAH :))

Saya ingin meminta ampun dan maaf atas segala  kekhilafan dan kesalahan diri andai melukakan hati para sahabat sekalian....HEHEHE, minta maaf ye *kenyit mata*

Marilah sama-sama kita mengambil iktibar  dan menghayati di sebalik pengorbanan luar biasa  yang telah dilakukan oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail..

Selamat hari raya aidiladha, semoga raya kali ini menjadikan kita sedia berkorban untuk mencari keredhaan dan keberkatan Allah s.w.t


Terima kasih sudi membaca blog ini :))


Tuesday 1 November 2011

THE BLOGGING CULTURE SLIDE

ASSIGNMENT 3- POWER POINT

THE BLOGGING CULTURE VIDEO

http://youtu.be/nJtiihvWp8Y

MIDSEM .!!!

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA...

Seram dan takut untuk menjawab kertas percukaian esok ( 02/11/11). Saya mengambil peperiksaan di Dewan Tun Abdullah Salleh pada jam 11.00 pagi. Semoga dipermudahkan segalanya. AMIN :))

Selamat maju jaya kepada semua yang mengambil kertas peperiksaan percukaian esok. Bersama-samalah kita berusaha menjawab dalam dewan nanti...hehe. Doakan kejayaan kami semua. Terima kasih.