Thursday 27 October 2011

SUBHANALLAH......

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA....

Saya nak kongsikan gambar yang saya lihat di tumblr seseorang. Indah sungguh ciptaan Allah dan sangat menenangkan apabila melihatnya. Mari kita baca dulu ceritanya...



Semoga kalian semua faham apa yang ingin disampaikan dalam cerita dekat atas nih (sebenarnya malas nak terjemah kepada bahasa melayu...hehe)
 CANTIK kan...memang macam cermin




 Teringin nak pergi sini....

  Ini sahaja gambar dekat Bolivia nih...hehe...yang kat bawah nih gambar semasa hujan turun di sesuatu kawasan . SUBHANALLAH :))

AWANNYA SEPERTI CENDAWAN...


Setakat ini sahaja perkongsian gambar yang menarik ini. Bersama-samalah kita memuji kebesaran Allah dan mangagumi ciptaan-Nya. Sekian Terima kasih :))

B.O.S.A.N

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA...


B.O.S.A.N = BOSAN. Pandai saya mengeja...takkan la jadi BUAYA pulak kan...HAHA ( ok...tak lawak.).

Malam ni  saya bosan sangat sangat sangat....sampai tak tahu nak buat apa...kalau nak ulangkaji untuk exam, tak ada mood la pulak...Facebook pun BOSAN....semua benda bosan....bosan bosan bosan, kalian semua pun mesti da bosan baca blog saya nih kan...(sila tekan X untuk tutup blog ni)...HAHA

Kalau boleh nak je balik rumah....tapi apakan daya...rumah jauh jadi duduk la dekat bilik sorang-sorg...meraung, meratap, membebel pun sorang-sorang.....sedih betul hidup saya...

Sekian sahaja bebelan saya ini...penat menaip taw....HAHA, terima kasih sudi baca blog ini

*MUCH LOVE*

Monday 17 October 2011

TUTTI FRUTTI

Kali terakhir makan tutti frutti masa sem 1 kot...tak berapa nak ingat....maaf maaf, hehe

Minggu lepas kawan ajak pergi ke TF Bangi, memang teruja sedikit sebab sudah lama tak menelan aiskrim tutti frutti nih...masuk TF terus ambik perisa vanilla+coklat+nata de coco+chocolate rice. Semua sekali RM7++, bole tahan la...makan sekali sekala boleh laa....kalau makan selalu memang rabak la nak bayar....heheh,

inilah gambar aiskrim TF yang saya dan kawan-kawan ambil....


terliur???? jom pergi ke Tutti Frutti sekarang.!!!

hehe...sekian sahaja...tq :))

IMPIAN COUNTRY RESORT

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA....

PADA 14 OKTOBER HINGGA 16 OKTOBER 2011 TELAH DIADAKAN PROGRAM KEMBARA SISWA SISWI 2011(KEMSIS '11) YANG TELAH BERJAYA MENGUMPULKAN 30 PESERTA, 16 URUSETIA DAN 11 FASILITATOR DI IMPIAN COUNTRY RESORT INI. SAYA BERADA SANGAT SERONOK DAPAT BERJUMPA DAN BERKENALAN DENGAN ADIK-ADIK TAHUN 1 FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN. DALAM PROGRAM INI, SAYA DIBERIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI URUSETIA PROTOKOL DAN PERLU MENETAPKAN MC UNTUK SETIAP SLOT DAN MAJLIS PENUTUP KEMSIS'11. PELBAGAI PENGALAMAN DAN MEMORI DIPEROLEHI SEPANJANG PROGRAM INI BERLANGSUNG. ANTARA AKTIVITI YANG DISEDIAKAN ADALAH JUNGLE TREKKING, EXLPORACE, TARIK TALI DALAM AIR DAN MACAM-MACAM LAGI. WALAUPUN LEGUH 1 BADAN TAPI SAYA SANGAT TERUJA DAN GEMBIRA MENYERTAI PROGRAM INI. SEMOGA UKHUWAH YANG TERJALIN ERAT SEMASA KEMSIS DAPAT DIPELIHARA DAN DIRAPATKAN.


KELUARGA KEMSIS'11

*MUCH LOVE*

Tuesday 11 October 2011

IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN

ASSALAMUALAIKUM  DAN  SALAM  SEJAHTERA....

Pada sesi ini, saya telah mengambil kos perakaunan sebagai majoring di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Selama 4 tahun diperlukan untuk menghabiskan subjek majoring saya. Alhamdulillah, pensyarah semua sporting dan berusaha memahamkan kami.InsyaAllah selepas grad, saya ingin berkerja dalam bidang akaun ataupun sambung master dalam perakaunan. Sebelum ini, saya mengambil kos ekonomi sebelum memohon kos akaun. Saya mengambil 18 unit pada sesi ini berbanding dengan kawan saya yang mengambil lebih 20 unit. Walaupun sikit tetapi esaimen dan kerja sangat banyak. Ini merupakan cabaran sebagai pelajar perakaunan dan juga sebagai mahasiswa UKM . Selain itu, saya juga terlibat dalam program fakulti dan juga program universiti.  Semoga saya berjaya bergraduasi dalam ijazah sarjanamuda perakaunan dengan kepujian di UKM ini. Terima Kasih :))

KEMSIS '11..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM KEMSIS.....


Pada 14hb hingga 16hb Oktober akan diadakan program Kembara Siswa yang akan dijalankan di Impian Country Resort. Program ini diberi keutamaan kepada pelajar tahun satu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.  Saya terpilih untuk menjadi ahli jawatankuasa unit protokol bersama dengan Dalila merangkap Fasilitator untuk program KEMSIS ini. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan dapat merapatkan ukhuwah antara pelajar tahun satu, senior dan pensyarah yang terlibat. Sekian terima kasih.


"KEKUATAN JATI DIRI, PEMANGKIN KEJAYAAN INSANI "

Monday 10 October 2011

HEY SOUL SISTERS...!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.......

Saya ingin memperkenalkan sahabat baik saya di UKM nih...kami bertiga sentiasa bersama-sama  ke kelas, makan dan lain-lain. jika mereka tiada, saya akan kesepian dan kebosanan.Kami bertiga memang sekepala dan jika kami duduk bersama, memang riuh dengan gelak tawa kami. Mari saya kenalkan sahabat baik saya..


AFIFAH aka PIPAH


DALILA aka DALIL


KAMILAH, AFIFAH , DALILA

WE ARE HAPPY FAMILY

KITA KAWAN KAN.! ^____^

INI SAHAJA MENGENAI KAWAN SAYA.TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA BLOG INI. *MUCH LOVE *

BERBASIKAL DI UKM

ASSALAMUALAIKUM......

Pada minggu lepas, saya, Dalila dan Anita dikehendaki memulangkan basikal ke kolej ibrahim yaakob selepas program pesta konvokesyen dijalankan. Selepas kuliah tamat, kami terus menuju ke pusanika untuk mengambil basikal tersebut. Kami bertiga berbasikal ke kiy dengan melalui bukit yang curam. Ini merupakan pengalaman pertama menaiki basikal dan berjaya mengayuh melalui bukit yang tinggi. Sesungguhnya kami sangat penat dan pergi ke kelas dengan keadaan berpeluh-peluh. SEKIAN :))

Assignment 1: Microsoft Word Application

Blogging (The blogging culture) 


THANK YOU FOR READING THIS BLOG (^_^)

Tuesday 4 October 2011

MY BELOVED NIECE AND NEPHEW....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....

Dalam usia 20 tahun, saya telah mempunyai 13 anak buah iaitu 4 lelaki dan 9 perempuan. Saya memiliki ahli keluarga yang ramai iaitu seramai 8 adik beradik dan saya anak yang terakhir. Semua ahli keluarga saya telah mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang kecuali saya yang belum berkahwin dan masih muda untuk memikirkannya. InsyaAllah pada tahun depan, seorang permata akan lahir ke dunia ini dan menambahkan lagi bilangan anak buah saya. Tidak sabar untuk menyambutnya dan melihatnya. Saya hidangkan beberapa gambar mereka untuk tatapan anda. Acik sangat sangat sangat sayang kalian semua :))



nurin, hanani, sara

mohd naqeeb mikael bin mohd nazri

sofina dahlia


semasa perkahwinan abang saya

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan tentang keluarga saya. Semoga jalinan erat di antara keluarga kami sentiasa berterusan  dan salam sayang dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. :))